Keputusan Arab Saudi hadkan kuota haji diterima dengan hati terbuka - Utusan Malaysia

Keputusan Arab Saudi hadkan kuota haji diterima dengan hati terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Keputusan Arab Saudi untuk mengehadkan ibadah haji tahun ini hanya untuk rakyatnya dan golongan ekspatriat yang berada di negara ini disambut baik oleh beberapa organisasi dan pemimpin negara Islam.

Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk, Nayef al-Hajraf berkata, keputusan itu menunjukkan sifat tanggungjawab dan prihatin Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud dan Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman terhadap para jemaah susulan pandemik Covid-19 yang belum reda.

Katanya, kesihatan dan keselamatan para jemaah perlu diutamakan dalam usaha mengawal jangkitan Covid-19.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Dunia Islam (MWL) turut menyambut baik keputusan tersebut.

Setiausaha Agung MWL, Mohammed Abdul Karim al-Issa berkata, sejumlah mufti dan para ulama di seluruh dunia turut menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Beliau menegaskan, undang-undang syariah sendiri menekankan kepentingan menjaga kesihatan pada jemaah ketika pandemik berlaku.

Selain itu, beberapa negara Islam juga menzahirkan sokongan kepada Arab Saudi.

Antaranya termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Bahrain.

Semalam, Arab Saudi memutuskan hanya 60,000 jemaah terdiri rakyat dan golongan ekspatriat di negara ini yang boleh menunaikan ibadah haji bagi tahun ini.

Bakal jemaah yang ingin tunai haji perlu bebas dari sebarang oenyakit kronik, berusia 18 hingga 65 tahun dan sudah menerima suntikan vaksin, sekurang-kurangnya satu dos dalam tempoh 14 hari sebelum musim haji bermula.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya