Ebrahim Raisi dijangka menang pilihan raya Presiden Iran - Utusan Malaysia

Ebrahim Raisi dijangka menang pilihan raya Presiden Iran

PEMIMPIN tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menjadi individu terawal mengundi pada pilihan raya presiden hari ini yang menyaksikan ulama ultra konservatif, Ebrahim Raisi dijangka mengatasi pesaingnya.

Selepas kempen pilihan raya yang kurang memberangsangkan, jumlah rakyat yang mengundi turut dijangka merosot.

Ayatollah menjadi individu pertama mengundi dan menggesa sekitar 60 juta rakyat melaksanakan tanggungjawab itu sebelum proses undi ditutup pada tengah malam nanti (1930 GMT).

“Lebih awal anda jalankan tanggungjawab mengundi, lebih baik.

“Apa yang perlu dilakukan rakyat iran hari ini adalah dengan pergi ke pusat mengundi untuk masa depan semua,” katanya.

Namun, semangat untuk rakyat negara ini keluar mengundi merosot susulan ramai calon kehilangan kelayakan bertanding, selain pandemik Covid-19.

Pemenang pilihan raya kali ini bakal mengambil alih kerusi presiden kepalan Iran dari penyandangnya, Hassan Rouhani pada Ogos ini.

Keputusan pilihan raya dijangka diketahui tengah hari esok dan jika tiada kemenangan yang jelas, pilihan raya penentu bakal diadakan seminggu kemudian. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya