Tiga maut, serangan bom tepi jalan di Afghanistan - Utusan Malaysia

Tiga maut, serangan bom tepi jalan di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya tiga guru maut dan 15 orang cedera apabila sebuah bas membawa kakitangan universiti menjadi sasaran letupan bom yang ditanam di tepi jalan di Afghanistan.

Lapor BBC, bas yang membawa profesor dan kakitangan dari Universiti Al-Biruni, dalam perjalanan melalui Charikar, ibu negara wilayah Parwan, kira-kira 70 kilometer (km) utara ibu negara Kabul.

Setakat ini, tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Menurut polis Bagram, kejadian letupan berlaku pada Sabtu, kira-kira 3.15 petang (waktu tempatan).

Seorang jurucakap dari Kementerian Pendidikan Tinggi berkata, beberapa guru yang cedera akibat insiden itu kini berada dalam keadaan kritikal.

Dilaporkan, canselor universiti berkenaan juga mengalami kecederaan dalam insiden itu.

Afghanistan menyaksikan konflik sejak beberapa minggu ini ketika tentera Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mula berundur dari negara itu.

Sebelum ini, Presiden Joe Biden mengumumkan AS akan membawa pulang semua tenteranya menjelang 11 September ini sempena ulang tahun ke-20 serangan pengganas 9/11 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya