GAZA CITY: Tentera Israel melepaskan 122 bom dalam tempoh 25 minit ketika melancarkan serangan udara di Gaza semalam.
Lapor Times of Israel, serangan itu bermula pada pukul 10 malam waktu tempatan dengan menyasarkan rangkaian terowong bawah tanah Hamas di Gaza.
Dalam pada itu, sumber ketenteraan Zionis memaklumkan pihaknya akan menilai keperluan untuk melakukan gencatan senjata.
Namun, tentera Israel tetap bersedia untuk ‘melancarkan lebih banyak serangan jika perlu’.
“Kami akan tengok bila masa yang sesuai untuk lakukan gencatan senjata,” jelas sumber berkenaan.
Selain itu, kira-kira 50 buah sekolah di Gaza musnah akibat serangan udara Zionis sepanjang tempoh seminggu konflik berlaku. – AGENSI