Blinken dijangka lawat Israel, Tebing Barat - Utusan Malaysia

Blinken dijangka lawat Israel, Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Seorang diplomat tertinggi dari Amerika Syarikat (AS) dijangka mengadakan lawatan ke Israel dan Tebing Barat, pada minggu ini.

Lawatan itu dibuat beberapa hari selepas gencatan senjata dipersetujui antara Israel dan Hamas bagi mengakhiri serangan keganasan Zionis di Semenanjung Gaza.

Seorang sumber yang enggan mendedahkan namanya memberitahu Reuters, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken akan bertemu dengan pemimpin Israel dan pemimpin Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat pada Rabu dan Khamis.

Bagaimanapun, Jabatan Negara AS masih belum mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai lawatan Blinken itu.

Menurut sumber, Blinken juga akan mengadakan lawatan ke Mesir dan Jordan.

Siri serangan tentera Zionis di Gaza sejak 10 Mei lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 248 penduduk Palestin maut dan lebih 1,900 cedera.

Konflik yang berlaku selama 11 hari juga menyebabkan banyak bangunan dan infrastruktur penting musnah, menyebabkan kira-kira 120,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya 12 orang maut di Israel akibat serangan Hamas.

Gencatan senjata itu merupakan inisiatif Mesir menerusi pentadbiran Presiden Abdel Fattah al-Sisi.

Sebelum ini, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden berdepan kritikan pelbagai pihak termasuk beberapa ahli parti Demokrat sendiri untuk menekan Israel nengakhiri keganasan ketenteraan terhadap Gaza.

Jabatan Negara AS menerusi kenyataan memaklumkan Blinken juga menghubungi Menteri Luar Israel, Gabi Ashkenazi yang menyambut baik pelaksanaan gencatan senjata dan memuji inisiatif Mesir untuk mencapai persetujuan tersebut.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, Blinken akan bertemu dengan pemimpin dari Israel, Palestin dan pegawai tempatan dalam beberapa hari lagi.

Lawatan Blinken itu bertujuan membincangkan mengenai usaha pemulihan selain bekerjasama untuk membina masa depan lebih baik bagi penduduk Palestin dan Israel. – REUTERS/AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya