Denmark hapuskan jutaan cerpelai, Jepun lupuskan ratusan ribu ayam - Utusan Malaysia

Denmark hapuskan jutaan cerpelai, Jepun lupuskan ratusan ribu ayam

Jutaan cerpelai akan dihapuskan di Denmark bagi mengekang penularan wabak Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENMARK: Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen memaklumkan negara itu akan menghapuskan semua kawasan ladang cerpelai bagi mengurangkan risiko penyebaran semula Covid-19 haiwan mamalia itu kepada manusia. 

Lapor Reuters, penghapusan itu melibatkan populasi cerpelai sebanyak 17 juta selepas mutasi Covid-19 dijumpai pada binatang yang menjangkiti manusia. 

Pihak Kesihatan mendapati virus menjangkiti manusia dan haiwan itu yang menunjukkan penurunan kepekaan terhadap antibodi sekali gus berpotensi menurunkan keberkesanan vaksin pada masa depan. 

“Kita mempunyai tanggungjawab terhadap populasi tetapi dengan mutasi yang sudah dijumpai itu, kita memikul peranan lebih besar bagi seluruh dunia,” katanya. 

Sementara itu di wilayah Kagawa, Jepun, sebanyak 330,000 ayam di ladang akan dihapuskan selepas wabak selesema burung melanda kawasan penternakan sejak dua tahun lalu. 

Pegawai dari Kementerian Pertanian mengesahkan ayam di ladang Mitoyo didapati positif semasa ujian saringan bagi avian influenza. 

Menurutnya, Kerajaan Jepun akan mengadakan ujian genetik lebih lanjut bagi mengesahkan sama ada jangkitan itu boleh menyebabkan virus selesema burung H5 atau sebaliknya. 

Wabak selesema burung itu yang melanda Jepun kali terakhir pada Januari 2018 menyaksikan kira-kira 91,000 ayam di sebuah ladang di Sanuki termasuk di Kagawa dihapuskan setelah dikesan mempunyai virus H5N6. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya