New York kekal bandar terkaya dunia

New York kekal bandar terkaya dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bandar raya New York terus mengekalkan kedudukannya sebagai bandar terkaya di dunia berdasarkan Laporan Bandar Terkaya Dunia 2025 yang dikeluarkan Henley & Partners dengan kerjasama New World Wealth semalam.

Laporan berkenaan mendedahkan New York kini dihuni oleh 384,500 jutawan, 818 individu ultra kaya dan 66 bilionair, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama kekayaan global.

Mengikut laporan itu, bandar-bandar tersebut disenaraikan berdasarkan jumlah individu berpendapatan tinggi, golongan ultrakaya atau mereka yang memiliki kekayaan melebihi AS$100 juta (RM 449 juta) dan bilionair yang menetap di kawasan terbabit.

Menyusul rapat di tempat kedua ialah kawasan Bay Area yang merangkumi San Francisco dan Silicon Valley dengan 342,400 jutawan.

Bandar itu turut mencatat kehadiran 82 bilionair, sekali gus mengatasi New York dalam kategori tersebut.

Pertumbuhan populasi jutawan di Bay Area meningkat sebanyak 98 peratus dalam tempoh sedekad lalu, mencerminkan kedudukannya sebagai pusat penciptaan kekayaan dalam sektor teknologi.

Sementara itu, Tokyo pula berada di tangga ketiga dengan 292,300 jutawan, dipacu oleh pemulihan kukuh pasaran saham Nikkei 225 dalam dua tahun kebelakangan ini, manakala Singapura menduduki tempat keempat dengan 242,400 jutawan.

Dubai pula mencatat lonjakan mendadak ke kedudukan ke-18 dengan 81,200 jutawan, peningkatan sebanyak 102 peratus dalam tempoh 10 tahun manakala Shenzhen pula mencatat pertumbuhan tertinggi di dunia, meningkat 142 peratus dan kini berada di tangga ke-28.

Dalam senarai 50 teratas, hanya dua bandar mencatat penyusutan bilangan jutawan sejak sedekad lalu iaitu London dan Moscow masing-masing menyusut sebanyak 12 peratus dan 25 peratus.

Laporan turut menyenaraikan bandar-bandar yang sedang muncul sebagai pusat pertumbuhan kekayaan global dengan kadar pertumbuhan tinggi, antaranya Shenzhen, Hangzhou dan Dubai.

Turut disebut sebagai bandar yang dijangka mengalami pertumbuhan pesat dalam populasi jutawan ialah Bengaluru, New Delhi dan Warsaw, didorong oleh perkembangan pesat dalam ekosistem teknologi serta inisiatif ekonomi strategik.

London dan Moscow merupakan dua bandar dalam senarai 50 teratas yang mencatatkan penurunan populasi jutawan sepanjang dekad lalu, masing-masing dengan kejatuhan sebanyak 12 dan 25 peratus.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya