Trump tanda tangan perintah eksekutif sekat ICC

Trump tanda tangan perintah eksekutif sekat ICC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan sekatan ke atas Mahkamah Jenayah Antarabangsa, mendakwa tribunal itu menjalankan siasatan ‘tidak berasas’ menyasarkan rakyat AS dan sekutu rapatnya Israel, kata Rumah Putih.

Menurut perintah tersebut, mahkamah di The Hague telah ‘menyalahgunakan kuasanya’ dengan mengeluarkan waran tangkap kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang membuat lawatan ke Washington Selasa lalu.

Perintah itu juga menegaskan, tribunal itu telah terlibat dalam tindakan tidak sah dan tidak berasas yang menyasarkan warga AS dan sekutu rapat Israel, merujuk kepada siasatan ICC terhadap dakwaan jenayah perang oleh anggota perkhidmatannya di Afghanistan dan tentera Israel di Gaza.

Presiden AS itu turut mengarahkan pembekuan aset dan larangan perjalanan terhadap pegawai ICC, pekerja dan ahli keluarga mereka, bersama sesiapa yang dianggap telah membantu siasatan mahkamah tersebut.

“Tindakan terbaharu ICC menetapkan satu contoh atau rujukan baharu yang boleh membawa kesan negatif atau risiko pada masa hadapan kepada rakyat AS dengan mendedahkan mereka kepada gangguan, penyalahgunaan dan kemungkinan penahanan.

“Tingkah laku berniat jahat ini seterusnya mengancam untuk mencabuli kedaulatan AS dan melemahkan kerja penting keselamatan negara serta dasar luar kerajaan dan sekutu kami, termasuk Israel,” kata perintah itu.

Ia menambah bahawa kedua-dua negara AS dan Israel adalah demokrasi yang berkembang dengan ketenteraan yang mematuhi undang-undang peperangan secara ketat.

AS dan Israel bukan ahli ICC dan telah berulang kali menolak sebarang bidang kuasa oleh badan itu ke atas pegawai atau warganegaranya.

ICC mengeluarkan waran tangkap pada 21 November ke atas Netanyahu, bekas menteri pertahanannya Yoav Gallant, dan Ketua Tentera Hamas, Mohammed Deif yang menurut Israel sudah meninggal dunia akibat serangan d Gaza.

Waran itu diluluskan selepas permohonan oleh Pendakwa ICC, Karim Khan pada Mei lalu berhubung jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan sekitar 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024.

Semasa penggal pertamanya, Trump mengenakan sekatan kewangan dan larangan visa ke atas Pendakwa ICC ketika itu, Fatou Bensouda serta pegawai dan kakitangan kanan lain pada 2020.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya