WASHINGTON: Seorang guru warganegara Amerika Syarikat (AS), Marc Fogel dibebaskan oleh pihak berkuasa Russia selepas tiga tahun setengah dipenjara, menurut pengumuman Rumah Putih, semalam. Fogel, 63, ditahan di Russia sejak Ogos 2021 selepas dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana memiliki kira-kira 17 gram ganja perubatan. Pembebasan Fogel dicapai selepas Presiden AS, Donald Trump bersama utusan khas, Steve Witkoff merundingkan satu pertukaran, kata Penasihat Keselamatan Negara Trump, Michael Waltz dalam satu kenyataan pada Selasa. Bagaimanapun, Waltz tidak memperincikan bentuk pertukaran tersebut, tetapi menyifatkannya sebagai niat baik pihak Rusia dan merupakan petunjuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya