Elon Musk mahu kenakan yuran langganan kepada pengguna laman X - Utusan Malaysia

Elon Musk mahu kenakan yuran langganan kepada pengguna laman X

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Hartawan, Elon Musk mendedahkan sedang merancang untuk mengenakan bayaran kepada semua pengguna yang ingin mengakses platform media sosial X miliknya.

Musk berkata, langkah itu merupakan satu-satunya cara untuk melindungi laman itu daripada serangan bot atau akaun automatik yang menjadi pembawa pepijat.

Beliau mendedahkan rancangannya untuk mengenakan bayaran kepada pengguna semasa perbualan penstriman langsung dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Silicon Valley di California.

Pemilik platform X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter itu berkata, pengguna hanya akan dikenakan bayaran bulanan yang kecil.

“Ia masih memerlukan perbincangan yang lebih panjang, tetapi pada pandangan saya mengenakan bayaran adalah satu-satunya sistem pertahanan untuk memerangi dan menyukarkan pencipta tentera bot yang besar.

“Ini memandangkan kecerdasan buatan (AI) kini sudah menjadi sangat baik malah lebih cekap untuk lulus ujian captcha berbanding manusia.

“Kami bercadang mengenakan langganan bulanan itu pada harga yang lebih rendah dengan mengutamakan siaran yang ditulis oleh pelanggan premium X,” katanya.

Bagaimanapun, ramai pakar dan warganet memberi amaran perubahan itu boleh menyebabkan pengguna memilih untuk memadam terus aplikasi tersebut.

“Bot sudah lama menjadi isu di platform itu tetapi apabila Musk memberhentikan ramai pekerja termasuk kakitangan keselamatan, isu itu meningkat kepada tahap yang tidak terkawal.

“Meminta bayaran daripada semua pengguna berpotensi menyebabkan pengguna ‘lari’ kepada banyak alternatif serupa yang disediakan syarikat lain seperti Threads dan Mastadon,” kata Pakar Keselamatan Siber, Jake Moore kepada Mail Online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya