Banjir: Lebih 11,000 penduduk hilang tempat tinggal di Brazil - Utusan Malaysia

Banjir: Lebih 11,000 penduduk hilang tempat tinggal di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALVADOR: Lebih 11,000 penduduk hilang tempat tinggal di negeri Bahia, Brazil susulan hujan lebat yang mengakibatkan banjir.

Hujan lebat itu setakat ini sudah mengorbankan 17 orang sejak November lalu, dengan kematian terbaharu adalah pada Khamis lalu.

Seramai 4,185 penduduk cuba mendapatkan tempat perlindungan selepas hujan lebat melanda 19 bandar termasuk Guaratinga, Itororo dan Coarachi.

Selain itu, seramai 11,260 penduduk lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan bertungkus-lumus menyalurkan bantuan segera kepada semua mangsa di kawasan yang terjejas dengan banjir.

Gabenor Bahia, Rui Costa berkata, pihaknya sudah mengambil semua pendekatan memastikan saluran dapat dihulurkan segera kepada mangsa.

Dalam pada itu, banjir turut menjejaskan trafik di 17 buah jalan dengan ada diantaranya berlaku tanah runtuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya