Nicaragua: Polis serbu pejabat akhbar La Prensa - Utusan Malaysia

Nicaragua: Polis serbu pejabat akhbar La Prensa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIWLI: Polis di Nicaragua menyerbu pejabat akhbar utama negara itu, La Prensa yang lantang mengkritik pemerintahan Presiden Daniel Ortega.

Lapor BBC, beberapa gambar yang dimuat naik di laman sesawang akhbar itu menunjukkan pasukan polis anti-rusuhan memasuki bangunan pejabat itu dan membawa keluar beberapa kotak mengandungi barangan.

Menurut wartawan, akses internet dan bekalan eletrik diputuskan ketika serbuan itu dilakukan.

Polis berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan penyelewengan dan penggubahan wang haram dilakukan oleh pengarah surat khabar berkenaan.

La Prensa dimiliki oleh keluarga Christiana Chamorro, seorang ahli politik berprofil tinggi yang ditahan dua bulan lalu selepas mengumumkan akan bertanding menentang Presiden Ortega pada pilihan raya November.

Dilaporkan, calon pilihan raya presiden yang lain juga telah ditahan.

Sebelum ini, La Prensa menerusi laporan berita pernah mendakwa Ortega sebagai diktator.

Khamis lalu, pihak pengurusan akhbar itu memaklumkan terpaksa menangguhkan edisi cetak kerana pihak berkuasa enggan melepaskan import kertas surat khabar.

Ketua Pengarang La Prensa, Eduardo Enrique memberitahu Reuters bahawa kakitangannya dilarang daripada menggunakan telefon bimbit mereka ketika serbuan dilakukan pada Jumaat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya