Covid-19: Ribuan penduduk sertai protes anti-kerajaan Cuba - Utusan Malaysia

Covid-19: Ribuan penduduk sertai protes anti-kerajaan Cuba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Ribuan penduduk di Cuba dilaporkan mengadakan tunjuk perasaan anti-kerajaan di seluruh ibu negara, Havana dan beberapa bandar lain.

Lapor BBC, beberapa video yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan penunjuk perasaan menuntut kebebasan, demokrasi dan vaksin Covid-19 bagi menangani pandemik di negara itu.

Tunjuk perasaan yang jarang berlaku di Cuba berikutan negara itu merekodkan lonjakan kes jangkitan Covid-19.

Presiden Miguel Diaz-Canel menyalahkan Amerika Syarikat (AS) atas demonstrasi tersebut.

Dilaporkan, penyokong kerajaan juga berhimpun di ibu negara tersebut.

Jumaat lalu, kerajaan Cuba meluluskan vaksin Covid-19 yang dibangunkan sendiri, Abdala Two bagi penggunaan kecemasan.

Abdala Two merupakan vaksin koronavirus pertama di Amerika Latin dan Caribbean.

Pembangkang menyifatkan tunjuk perasaan anti-kerajaan itu merupakan paling besar di pulau itu dalam tempoh hampir 30 tahun.

Seorang penunjuk perasaan di San Antonio de los Banos, kira-kira 30 kilometer (km) selatan Havana memberitahu AFP bahawa rakyat berasa tidak puas hati berhubung isu tenaga elektrik dan makanan.

“Isu tenaga elektrik seolah-olah mencetuskan protes tersebut,” kata Diaz-Canel sambil menyalahkan seorang mafia warga Cuba Amerika menggerakkan demonstrasi itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya