Kematian Covid-19 di Colombia lepasi 100,000 orang - Utusan Malaysia

Kematian Covid-19 di Colombia lepasi 100,000 orang

PUSAT vaksinasi Covid-19 di Bogota, Colombia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Colombia melepasi angka 100,000 semalam dengan 650 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Colombia menjadi negara Amerika Latin keempat paling banyak mencatatkan kematian akibat koronavirus dan di tempat keenam paling banyak kes jangkitan.

Terdahulu, berlangsung beberapa siri demonstrasi yang menyaksikan ribuan penduduk melancarkan protes menentang kerajaan pimpinan Presiden Ivan Duque.

“Lebih 10,000 kematian dapat dielakkan jika kita tidak terlibat dalam siri demonstrasi yang dilakukan sejak tiga minggu lalu,” katanya.

Pihak berkuasa kesihatan negara ini memaklumkan kes jangkitan mula memuncak pada awal April lalu dan kerajaan mengenakan sekatan ketat termasuk perintah berkurung waktu malam di bandar-bandar utama.

Namun, keadaan semakin tidak terkawal selepas tunjuk perasaan menentang kerajaan bermula pada 28 April lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya