Dihalau dari pesawat gara-gara berebut tempat letak tangan - Utusan Malaysia

Dihalau dari pesawat gara-gara berebut tempat letak tangan

GAMBAR menunjukkan polis cuba mengeluarkan dua penumpang yang bergaduh daripada pesawat United Airlines. - TWITTER/JACKK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Dua penumpang lelaki terpaksa dihalau keluar dari sebuah pesawat United Airlines selepas terlibat dalam pergaduhan kerana merebut untuk menggunakan tempat letak tangan.

Akibat insiden itu, pesawat United Airlines yang dalam penerbangan ke Las Vegas, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco selepas 15 minit berlepas.

Lapor Daily Mail, kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu.     

 Selepas pesawat mendarat di San Francisco, kedua-dua lelaki itu diminta untuk meninggalkan kapal terbang tersebut.

Dua penumpang itu kemudian ditahan polis dan mereka dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Berdasarkan laporan SFGate, kedua-dua lelaki itu tidak didakwa dan mereka kemudiannya dibebaskan, namun tidak dibenarkan menaiki semula pesawat United Airlines.    

Seorang penumpang yang dikenali sebagai Jack Krawczyk memuat naik sekeping gambar berkaitan insiden berlaku dalam pesawat itu di laman media sosial.

Gambar itu menunjukkan seorang anggota polis cuba mengeluarkan dua penumpang lelaki daripada pesawat berkenaan.

“Pesawat kami terpaksa berpatah balik hanya kerana dua penumpang bergaduh berebut tempat letak tangan,” katanya di Twitter. 

Ciapan penumpang itu menjadi tular dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet mengenai tempat letak tangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya