Lapan maut insiden tembakan di California - Utusan Malaysia

Lapan maut insiden tembakan di California

ANGGOTA polis mengawal keselamatan orang ramai selepas berlaku kes tembakan di San Jose, California, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Pihak berkuasa California memaklumkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam satu insiden tembakan terbaharu selepas seorang suspek bersenjata melepaskan tembakan di San Jose.

Insiden itu berlaku pada awal pagi semalam apabila suspek melepaskan tembakan ke arah sebuah tren yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Valley (VTA).

Menurut pihak berkuasa, suspek yang juga merupakan pekerja VTA maut akibat luka tembakan.

Syerif Daerah Santa Clara, Laurie Smith berkata, apabila anggota polis dikerah ke lokasi kejadian, suspek masih melepaskan tembakan rambang.

“Apabila dia melihat kehadiran kami, suspek menembak dirinya sendiri,” katanya.

Terdahulu, timbalan syerif, Russell Davis mengesahkan seramai lapan orang maut dengan beberapa lagi cedera dalam insiden tersebut.

Identiti suspek juga masih belum didedahkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya