WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengarahkan agensi perisikan negara ini menyerahkan laporan mengenai asal usul virus Covid-19 dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Biden dalam kenyataan menegaskan, agensi perisikan perlu ‘menggandakan usaha untuk mengumpul dan menganalisis maklumat yang boleh membawa kepada kesimpulan kukuh mengenai dari mana Covid-19 muncul’,
Jelas beliau, terdapat dua sumber mengenai bagaimana virus itu boleh tersebar dan agensi perisikan perlu mengenal pasti perkara itu dalam tempoh 90 hari.
Arahan itu dikeluarkan selepas pelbagai spekulasi dibuat tentang asal usul virus tersebut yang sebelum ini didakwa muncul dari haiwan di sebuah pasar di Wuhan, China atau ‘menerusi kajian makmal di bandar tersebut’.
Kontorversi asal usul virus tersebut memburukkan lagi hubungan China dan AS. – AFP