‘Kasut syaitan’ hanya karya seni - Utusan Malaysia

‘Kasut syaitan’ hanya karya seni

REKAAN Nike Air Max 97 dipercayai mengandungi dakwat merah menggunakan titisan darah manusia. - MSCHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat MSCHF berkeras mendakwa Satan Shoes atau kasut syaitan yang dihasilkannya adalah satu karya seni yang luar biasa.

Tegas syarikat tersebut, kasut tersebut adalah rekaan semata-mata dan tidak mempunyai niat untuk mengelirukan mana-mana pihak, selain bertujuan memberi pengalaman baharu kepada pengguna.

“Kami ingin orang ramai mengamati, bercakap mengenainya dan membeli kasut itu, tiada niat lain,” katanya.

Lapor The Guardian, dihasilkan menggunakan rekaan Nike Air Max 97, kasut yang berwarna hitam merah itu menambah dakwat merah yang menggunakan darah manusia di bahagian tengahnya.

Selain itu, MSCHF turut memaklumkan pihaknya tidak bergabung dengan Nike dan sudah menghubungi syarikat pengeluar barangan sukan itu.

“Nike tidak memberikan sebarang respon dan terus menghantar notis saman terhadap kami. Hal itu sangat mengejutkan,” jelas syarikat berkenaan.

Sebelum ini, Nike memfailkan tuntutan saman ke atas syarikat MSCHF kerana mengeluarkan Satan Shoes yang didakwa melanggar cap dagangan.

Nike dalam tuntutan saman di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat menyatakan bahawa pelancaran kasut itu tidak pernah mendapat kelulusan mahupun kebenaran daripada pihaknya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya