WASHINGTON: Skuad pemusnah bom di Ohio menerima panggilan selepas sebuah beg yang mencurigakan ditemui di luar perkarangan gereja.
Lapor CNN, setelah beg itu diperiksa, pasukan unit pemusnah bom dari Pejabat Sheriff Butler County menemui seekor ibu kucing bersama enam ekor anaknya yang baharu dilahirkan.
“Apabila pakar Mike Grimes dan Detektif Detherage tiba, mereka tidak mendengar sebarang bunyi detik tetapi hanyalah suara anak kucing mengiau,” kata pejabat syerif di laman Facebook.
Sekeping nota yang tertera `Sprinkles’ baharu melahirkan anak sehari sebelumnya, turut dilampirkan bersama beg tersebut.
“Nama ibunya, Sprinkles dan dia melahirkan anak kucingnya pada 17 Februari pada pukul 2 petang (waktu tempatan),” menurut nota tersebut.
Pejabat syerif kemudian menyerahkan kucing tersebut kepada pusat Animal Friends Human Society di Hamilton yang mana haiwan itu akan dijaga dengan baik.
Dalam pada itu, pusat perlindungan haiwan tersebut memberitahu bahawa kesemua anak kucing itu sudah dibersihkan dan mereka dalam keadaan sihat.