Rancangan protes bersenjata di 50 Capitol - Utusan Malaysia

Rancangan protes bersenjata di 50 Capitol

PENYOKONG Trump berkumpul di salah satu pintu masuk Capitol selepas melanggar peraturan keselamatan bangunan itu dalam insiden rusuhan yang berlaku baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menerima maklumat mengenai beberapa ‘protes bersenjata’ dirancang untuk dianjurkan di semua 50 bangunan capitol negeri dan di Capitol Washington pada masa akan datang.

Menurut buletin dalaman diperoleh CNN, langkah keselamatan dipergiatkan menjelang pelantikan rasmi bakal preside,n Joe Biden pada 20 Januari ini, dengan agensi penguatkuasaan undang-undang Persekutuan, negeri dan tempatan bersediaia menghadapi kemungkinan lebih banyak insiden keganasan selepas kejadian rusuhan penyokong Donald Trump di bangunan Capitol baru-baru ini.

Meskipun penyiasat Persekutuan masih menjejaki suspek rusuhan tersebut, buletin itu menekankan kebimbangan mengenai pengepungan Capitol Amerika Syarikat (AS) dengan menyifatkannya sebagai permulaan kepada potensi tindakan keganasan yang lain.

“Protes bersenjata sedang dirancang di semua 50 bangunan capitol negeri dari 16 hingga sekurang-kurangnya 20 Januari ini manakala di bangunan Capitol AS pula dari 17 hingga 20 Januari ini,” jelas buletin tersebut.

Buletin itu turut memaklumkan mungkin terdapat ancaman pemberontakan jika Trump disingkirkan menerusi Pindaan Ke-25 sebelum hari pelantikan rasmi Biden.

“Pada 8 Januari lalu, FBI menerima maklumat mengenai sebuah kumpulan dikenal pasti yang menggesa orang ramai untuk bersama-sama menyerbu mahkamah negeri, tempatan dan Persekutuan serta bangunan pentadbiran sekiranya Potus disingkirkan sebagai Presiden sebelum hari pelantikan rasmi itu.

Sementara itu, Trump mengumumkan darurat di Washington DC, menjelang majlis angkat sumpah Biden sebagai presiden baharu negara ini.

Menurut White House, Trump mengumumkan perkara itu semalam dam perintah tersebut berkuat kuasa dari 11 hingga 24 Januari 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya