CIUDAD VICTORIA, Mexico: Sekurang-kurangnya 19 mayat rentung ditemukan di Mexico berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS).
Pejabat Pendakwa Raya negeri Tamaulipas menyatakan polis menemukan dua buah kenderaan yang hangus terbakar dan terdapat mayat di dalamnya.
Pihak berkuasa manyatakan siasatan awal mendapati kesemua mayat tersebut tidak ditembak, sebaliknya dibakar selepas dibunuh di lokasi lain.
Pasukan forensik akan melakukan proses bedah siasat terhadap semua mayat bagi mengenal pasti identiti mangsa. – AFP