Congo: 10 maut, 39 cedera dalam serangan bom di gereja - Utusan Malaysia

Congo: 10 maut, 39 cedera dalam serangan bom di gereja

ORANG ramai berkumpul di luar gereja di bandar Kasindi selepas serangan bom itu. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENI: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 39 lagi cedera dalam serangan bom di sebuah gereja di timur Republik Demokratik Congo.

Jurucakap tentera, Antony Mualushayi menyifatkan insiden letupan bom itu sebagai `perbuatan pengganas’.

Katanya, kejadian itu berlaku di sebuah gereja Pentakosta di Kasindi, wilayah Kivu Utara.

Kasindi merupakan sebuah bandar terletak di sempadan Uganda.

“Bilangan individu terkorban dan cedera yang dilaporkan ketika ini adalah sementara,” katanya sambil menyemak semula  kematian awal lima kes.

Tambah beliau, seorang suspek warga Kenya ditahan selepas serangan itu. 

Dalam pada itu, jurucakap operasi ketenteraan Uganda di Congo, Bilal Katamba pula berkata, seramai 16 orang terbunuh dan 20 cedera dalam insiden letupan itu.

“Penyerang menggunakan bahan letupan IED untuk melakukan serangan itu.

“Kami mengesyaki kumpulan Pasukan Bersekutu Demokratik (ADF) berada di sebalik serangan itu,” katanya.      

Kementerian Komunikasi Republik Demokratik Congo dalam media sosial turut mendakwa serangan itu dilakukan oleh kumpulan ADF. 

Sementara itu, kumpulan ADF mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Berdasarkan kumpulan risikan Site, hampir 20 orang telah terbunuh dalam insiden itu. 

ADF didakwa membunuh ribuan orang awam di Congo dan melakukan serangan bom di Uganda.

Sejak tahun 2021, operasi ketenteraan bersama Congo-Uganda menyasarkan ADF di Kivu Utara dan wilayah Ituri. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya