Britain mahu haramkan Hamas, sifatkan sebagai organisasi pengganas - Utusan Malaysia

Britain mahu haramkan Hamas, sifatkan sebagai organisasi pengganas

PENDUDUK Palestin meraikan persetujuan gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Menteri Dalam Negeri Britain, Priti Patel hari ini mengemukakan usul untuk mengharamkan pergerakan Hamas dengan menyifatkannya sebagai organisasi pengganas.

Katanya, Hamas mempunyai ‘ciri-ciri kumpulan pengganas’ seperti mempunyai akses kepada senjata dan kemudahan merekrut pengganas.

“Oleh hal yang demikian, saya akan mengharamkam Hamas,” katanya.

Pergerakan itu akan diharamkan di bawah Akta Keganasan dan mana-mana pihak yang menyokong Hamas, termasuk mengibarkan bendera atau terlibat secara langsung dengan organisasi itu bakal berdepan tindakan undang-undang.

Patel dijangka akan mengusulkan perkara itu di Parlimen Britain pada minggu depan.

Dalam pada itu, Hamas menyifatkan tindakan Britain sebagai berat sebelah dan ‘tidak pernah memgambil berat isu penjajahan Israel di Palestin’.

Pergerakan itu menegaskan, keputusan Britain hanya menyebabkan Zionis terus berani menindas Palestin. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya