Belum pasti Omicron lebih mudah berjangkit - WHO - Utusan Malaysia

Belum pasti Omicron lebih mudah berjangkit – WHO

PENGEMBARA antarabangsa dengan pakaian perlindungan diri (PPE) tiba di Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne, Australia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan pihaknya tidak dapat memastikan sekiranya varian baharu Covid-19, Omicron bersifat lebih mudah berjangkit berbanding varian lain atau boleh menyebabkan komplikasi lebih kronik.

Menurut WHO dalam kenyataan, data awal menunjukkan terdapat peningkatan kadar kemasukan ke hospital di Afrika Selatan.

Namun, peningkatan itu mungkin disebabkan oleh pertambahan kes jangkitan Covid-19, dan bukannya khusus kepada Omicron.

WHO turut mengulangi, bukti awal menunjukkan mungkin boleh berlaku risiko jangkitan semula yang lebih tinggi akibat varian tersebut.

“WHO kini bekerja keras untuk memahami lebih lanjut mengenai kesan Omicron kepada manusia dan kaedah untuk mengurangkan kadar jangkitannya.

“Setakat ini, tiada sebarang maklumat yang menunjukkan gejala Omicron berbeza berbanding varian Covid-19 yang lain,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, WHO juga memaklumkan, laporan awal menunjukkan jangkitan Omicron melibatkan banyak pelajar universiti dan golongan muda tidak cenderung mempunyai komplikasi yang serius.

Sementara itu, ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) masih dapat mengesan jangkitan yang disebabkan oleh Omicron. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya