MOSCOW: Satu lagi vaksin Covid-19 yang dihasilkan di dakwa mempunyai tahap keberkesanan setinggi 95 peratus.
Pengumuman itu menjadikan vaksin keluaran Rusia iaitu Sputnik V setanding dengan beberapa vaksin Covid-19 lain termasuk yang dihasilkan oleh Pfizer, Moderna dan Astrazeneca.
Vaksin Sputnik V berfungsi dengan dua dos suntikan dengan setiap satunya dianggarkan berharga kurang dari AS$10 (RM41).
Selain itu, vaksin tersebut boleh disimpan antara suhu dua dan lapan darjah Celsius. – AFP