WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa petunjuk awal mendapati Iran mempunyai kaitan dengan pembantu juruterbang yang menikam kaptennya dan cuba menjunamkan pesawat flydubai menuju ke Israel pada Rabu.
Ketika ditemui pemberita di Rumah Putih, Trump mengaitkan perkara itu dengan Iran selepas seorang wartawan bertanya sama ada terdapat hubungan antara juruterbang yang melakukan serangan itu dengan Teheran.
“Saya akan katakan jawapannya, berdasarkan apa yang saya dengar, ialah ‘ya’, tetapi kami sedang menyiasatnya sekarang,” kata Trump tanpa memberikan butiran lanjut.
Trump turut memberi amaran AS akan bertindak balas sekiranya kaitan dengan Iran itu disahkan.
“Oh, mereka akan diserang, dengan sangat hebat, jangan bimbang. Kamu boleh tanya mereka. Mereka tahu apa yang berlaku, mereka akan diserang dengan sangat hebat,” kata Trump.-AGENSI











