Pesawat tentera udara bawa 32 orang terhempas - Utusan Malaysia

Pesawat tentera udara bawa 32 orang terhempas

GAMBAR fail sebuah pesawat Tentera Udara Nigeria. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Sebuah pesawat Tentera Udara Nigeria terhempas pada Isnin di negeri Ondo, barat daya Nigeria, dengan 32 orang di dalamnya, menurut pihak tentera dan Menteri Penerbangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap tentera udara, Ehimen Ejodame berkata, pesawat itu sedang menjalankan misi rutin dari Bandar Benin, selatan Nigeria ke pusat ekonomi Lagos apabila terhempas di Igbokoda, negeri Ondo.

“Maklumat awal menunjukkan terdapat 25 penumpang dan tujuh anak kapal di dalam pesawat,” kata Menteri Penerbangan, Festus Keyamo di X.

Keyamo menambah bahawa bangkai pesawat yang terhempas ditemukan berhampiran sebuah pangkalan tentera laut.

Satu video yang tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan kecil orang berkumpul berhampiran sungai ketika pasukan penyelamat mencari di kawasan berkenaan menggunakan bot.

“Operasi mencari dan menyelamat, dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan serta agensi tindak balas kecemasan, sedang dijalankan,” kata Ejodame. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN