Penggodam Korea Utara disyaki curi wang kripto RM26 bilion, terbesar di dunia - Utusan Malaysia

Penggodam Korea Utara disyaki curi wang kripto RM26 bilion, terbesar di dunia

PENGGODAM menyerang platform mata wang kripto Binance. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Platform mata wang kripto, Binance berkata pada Jumaat bahawa pihaknya sedang berusaha menangani serangan kompleks yang menjejaskan dana bernilai kira-kira AS$$6.3 bilion (RM26 bilion).

Ia merupakan kejadian yang dipercayai sebagai kecurian mata wang kripto terbesar pernah berlaku.

Sekumpulan penyiasat mengesyaki penggodam yang mempunyai kaitan dengan Korea Utara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Firma penyiasatan teknologi rantaian blok, TRM Labs berkata, pihaknya mempunyai keyakinan tinggi bahawa serangan itu didalangi kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Korea Utara dikenali sebagai TraderTraitor, kumpulan sama yang dipersalahkan atas kecurian AS$1.5 bilion (RM6 bilion) daripada platform Bybit pada Februari tahun lalu.

Sebuah lagi firma analisis, Elliptic, turut mengaitkan serangan itu dengan penggodam yang mempunyai hubungan dengan Korea Utara, menurut portal industri CoinDesk.

TraderTraitor dipercayai sebahagian daripada kumpulan Lazarus, yang mula mendapat perhatian pada 2014 apabila dituduh menggodam Sony Pictures sebagai tindakan balas terhadap filem The Interview yang mempersendakan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Binance, platform pertukaran mata wang kripto terbesar di dunia berdasarkan jumlah dagangan harian berkata, siasatan mendapati beberapa titik pencerobohan tambahan, bertentangan dengan penemuan awal yang menunjukkan penggodaman itu membabitkan sebuah komputer riba yang diceroboh.

“Ini merupakan serangan yang kompleks dan kami sedang melakukan segala yang termampu dengan kerjasama pihak penguat kuasa undang-undang untuk menanganinya,” menurut Binance menerusi platform X.

Syarikat itu mengesahkan menerusi akaun X bagi rantau Amerika Latin bahawa jumlah keseluruhan kesan kerugian dianggarkan sekitar AS$6.3 bilion, empat kali ganda nilai yang dicuri dalam insiden penggodaman Bybit, yang sebelum ini merupakan serangan siber terbesar seumpamanya.

Binance memberi amaran bahawa angka itu mungkin terus meningkat ketika pasukannya bekerjasama rapat dengan pihak penguat kuasa undang-undang, penerbit aset, firma risikan blockchain dan rakan industri untuk mengesan serta membekukan aset tambahan.

Syarikat itu berkata kira-kira AS$3 bilion (RM12 bilion) daripada aset yang terjejas sudah dibekukan.

Baki dalam akaun pelanggan tidak terjejas, tetapi mereka tidak boleh memindahkan dana keluar daripada platform itu selagi pengeluaran masih digantung.

Binance pada mulanya menggantung semua urusan deposit dan pengeluaran.

Namun, kemudian menjelaskan bahawa deposit tidak terjejas. Pada Jumaat, syarikat itu berkata, pihaknya dijangka dapat menyambung semula urusan pengeluaran dalam tempoh 45 jam.

Presiden Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat insiden penggodaman itu.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkata bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan rakan berkaitan daripada sektor awam dan swasta untuk memahami skop aktiviti berkenaan serta bersedia menjalankan siasatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini