WASHINGTON: Sekumpulan pelayar yang menaiki sebuah kapal melaporkan penampakan misteri sebuah objek bergerak laju ketika merentasi Lautan Atlantik dalam bulan ini.
Laporan yang dikemukakan kepada Pusat Pelaporan Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) Kebangsaan (NUFORC) pada 11 Oktober itu.
Dua orang pelayar menggunakan teropong untuk memerhatikan objek berbentuk bebola yang berada kira-kira 19 hingga 26 kilometer (km) dari kapal mereka selama sekitar 40 minit.
Menurut laporan itu, dua orang pelayar menggunakan teropong untuk memerhatikan objek berbentuk bebola dari jarak itu di atas kapal mereka selama sekitar 40 minit.
Objek itu dilaporkan bergerak naik dan turun dengan pantas, beralih ke kanan dan kiri, selain sesekali meluncur pada kelajuan hipersonik dalam tempoh lima hingga 10 minit.
Laporan yang disiarkan pada 21 Oktober itu mendakwa tiga atau empat lagi objek berbentuk bebola muncul dengan rupa sama seperti objek pertama.
“Kesemuanya berpusing dan beralih arah, naik dan turun secara serentak tanpa corak tertentu
“Sesekali, objek itu bergerak ke lokasi lain pada kelajuan yang hanya boleh saya sifatkan sebagai tidak munasabah, sebelum muncul semula di tempat asal. Kami tidak mengesan sebarang sasaran pada radar,” menurut laporan itu.
Laporan NUFORC itu turut menyertakan tangkap layar radar kapal yang didakwa dirakam ketika kejadian.
Namun, paparan berkenaan tidak menunjukkan sebarang petunjuk kewujudan objek di ruang udara.
Menurut saksi, kejadian itu bermula kira-kira jam 3.25 pagi waktu tempatan apabila pegawai kapal melihat cahaya aneh di ufuk, sedikit ke kiri haluan kapal.
Laporan itu menyatakan kapal berkenaan sedang merentasi Lautan Atlantik, kira-kira 644 kilometer di selatan Nova Scotia, dalam perjalanan ke arah timur pada kelajuan sekitar 32 kilometer sejam.
Saksi turut menyifatkan keadaan langit ketika itu cerah dengan hanya kelihatan bulan sabit nipis, selain jarak penglihatan yang sangat baik. – AGENSI











