Makhluk aneh di sempadan AS-Mexico - Utusan Malaysia

Makhluk aneh di sempadan AS-Mexico

SEEKOR haiwan aneh dirakam menerusi kamera pengawasan. - netnoticias.mx
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seekor haiwan misteri berjaya dirakam menerusi kamera pengawasan di kawasan sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico yang dipasang oleh pasukan penyelidik.

Seorang penyelidik objek terbang tidak dikenali (UFO), Jaime Maussan mendakwa haiwan itu telah melarikan dan membunuh binatang ternakan seperti ayam, ayam jantan dan arnab di kawasan pertanian Lembah Juarez sepanjang Rio Grande, Chihuahua, Mexico.

Dalam rakaman itu,  terdapat imej seperti haiwan besar berwarna putih dengan ekor panjang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyelidik itu  mengesahkan ciri-ciri haiwan tersebut tidak menyerupai mana-mana binatang lain di Chihuahua, terma­suk tikus, rakun mahupun arnab.

Berdasarkan laporan saksi yang dikumpul, Maussan menggambarkan makhluk itu sebagai sangat tangkas, pintar, mampu berjalan dengan dua kaki, menyerupai fizikal manusia serdan mempunyai saiz panjang beberapa meter. 

Beliau mengesyaki binatang berkenaan mungkin bukan berasal dari luar angkasa, sebaliknya daripada dimensi berbeza yang berkongsi ruang alam semesta dengan Bumi.

“Mengapa muncul di situ? Ia satu misteri. Adakah itu adalah makhluk interdimensi? Adakah makhluk itu  datang bersama entiti lain? Adakah makhluk itu tiba menggunakan kapal angkasa?” kata Maussan kepada agensi berita tempatan di Mexico.

Meskipun imej baharu itu didedahkan pada 17 Oktober lalu, pihak berkuasa Perlindu­ngan Awam Juarez memaklumkan bahawa mereka belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung ancaman makhluk berbahaya atau kehilangan haiwan ternakan di kawasan ber­kenaan.

Semasa sidang media pada Sabtu, pasukan penyelidik yang menganggotai jawatankuasa Maussan menganggarkan saiz makhluk itu mencapai hampir 1.8 meter dari kepala hingga ke hujung ekor.

Panjang ekor sahaja dianggarkan sekitar 0.9 meter selepas imej­nya dirakam memanjat dinding bata yang tinggi.

Pakar haiwan yang dipanggil untuk membuat penilaian awal turut dilaporkan mendakwa bahawa makhluk itu tidak menyerupai mamalia biasa di Bumi tetapi menganggpnya mungkin mengalami mutasi. 

“Haiwan itu adalah pemang­sa. Saya tidak katakan haiwan itu dari luar angkasa tetapi binatang tersebut adalah sesuatu yang menakutkan. Kecerdasan dan ketangkasannya amat menakutkan. Saya tidak percaya haiwan itu menyerang manusia, tetapi ia menjejaskan kepentingan penduduk tempatan di Lembah Juárez,” kata Maussan kepada portal NetNoticias.Mx. 

Maussan menambah bahawa beliau mula menjalankan siasatan kes berkenaan selepas seorang kanak-kanak lelaki menyaksikan makhluk tersebut menerkam kepala seekor ayam sebelum memanjat pokok berhampiran dengan pantas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini