Lima hilang, 65 rumah dihanyutkan banjir kilat di Nepal - Utusan Malaysia

Lima hilang, 65 rumah dihanyutkan banjir kilat di Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Lima orang dilaporkan hilang selepas banjir kilat di Sungai Budhi Gandaki menghanyutkan 65 rumah di daerah Gorkha dan Dhading di tengah Nepal.

Jurucakap Pasukan Polis Bersenjata Nepal, Netra Bahadur Karki berkata, lima orang dilaporkan hilang di daerah Gorkha, manakala pihak berkuasa masih mengumpulkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

Beliau turut memaklumkan banjir berkenaan memusnahkan dua jambatan untuk kenderaan dan dua jambatan gantung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan Tentera Nepal, banjir itu berpunca daripada kejadian tanah runtuh di kawasan perbandaran luar bandar Chumanubri, daerah Gorkha, yang menyebabkan aliran Sungai Budhi Gandaki tersekat.

Sungai itu kemudian melimpahi timbunan tanah runtuh yang menyekat alirannya, menyebabkan air, lumpur dan serpihan mengalir deras secara tiba-tiba lalu merosakkan penempatan di sepanjang tebingnya.

Tentera Nepal berkata, seramai 36 orang dipindahkan menggunakan pengangkutan udara ke lokasi lebih selamat susulan bencana itu.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh pasukan keselamatan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini