Kutipan derma kemanusiaan Gaza diseleweng biaya keganasan

Kutipan derma kemanusiaan Gaza diseleweng biaya keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sikap pemurah rakyat Indonesia dan semangat perpaduan mereka terhadap penderitaan rakyat Palestin akibat konflik di Gaza kini dieksploitasi pihak tertentu untuk mengumpul dana yang kononnya bertujuan membantu mangsa perang, tetapi sebenarnya disalurkan bagi membiayai kegiatan pengganas.

Beberapa kegiatan mengumpul derma yang menggunakan alasan kemanusiaan didapati palsu dan dipercayai bertujuan mendapatkan dana untuk kumpulan pengganas.

Ketua Badan Nasional Pencegahan Pengganasan (BNPT), Eddy Hartono berkata, pihak berkuasa mengesan beberapa kes pembiayaan keganasan yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan mencari keuntungan, yayasan kebajikan, kutipan derma awam dan kempen mengumpul dana menerusi media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antaranya termasuk kempen yang mendakwa mengumpul sumbangan untuk membantu mangsa konflik Palestin di Gaza atau mangsa bencana alam.

“Saya tidak bermaksud usaha membantu mangsa bencana atau perjuangan Palestin itu bermasalah, tetapi kegiatan mengumpul derma seperti ini boleh disalahgunakan.

“Ada pihak yang menjadikannya sebagai alat untuk kegiatan tertentu dan terdapat petunjuk yang menunjukkan perkara itu berlaku,” kata Eddy kepada wartawan di luar majlis pelancaran tiga buku mengenai pembiayaan keganasan pada 7 Oktober.

Siri buku bertajuk, ‘Trilogi Pendanaan Terorisme’ itu ditulis tiga anggota pasukan antipengganasan Indonesia, Densus 88, iaitu ketuanya yang baru dilantik, Ami Prindani; Ketua Pasukan Petugas Kalimantan Barat, I Made Wisnu Wardhana dan Penganalisis Risikan, Daniel Saragih.

Ketiga-tiga buku itu mengupas pembiayaan keganasan daripada tiga sudut yang saling berkaitan, iaitu perubahan kaedah pembiayaan, faktor yang membolehkan kegiatan itu berlaku dan kemungkinan perubahan ancaman pada masa depan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini