Budak 3 tahun terlalu handal main bola sepak dipaksa keluar padang

Budak 3 tahun terlalu handal main bola sepak dipaksa keluar padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Pihak polis dipanggil ke satu lokasi perlawanan bola sepak kanak-kanak di Florida pada hujung minggu lalu selepas tercetus pertengkaran yang melibatkan ibu bapa kepada seorang pemain berusia tiga tahun.

Menerusi rakaman kamera badan polis, ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki bernama Nevada itu mendakwa terdengar anak mereka dikeluarkan daripada perlawanan berikutan penguasaan kemahiran yang terlalu menyerlah sehingga memalukan kanak-kanak lain.

Bagaimanapun, penganjur perlawanan daripada kumpulan sukan belia, i9 Sports menjelaskan, Nevada  menolak pemain-pemain lain semasa perlawanan berlangsung, sebelum ibu bapa kanak-kanak itu bertindak agresif apabila anaknya dikeluarkan dari padang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klip rakaman kamera badan polis merakamkan kenyataan penganjur program yang mengesahkan  ibu bapa Nevada mencetuskan gangguan serta kekacauan di kawasan kejohanan.

“Kanak-kanak itu memang hebat. Memang sangat bagus. Dia sangat menyerlah berbanding kanak-kanak lain, jadi dia menjaringkan banyak gol.

“Tetapi dia menolak kanak-kanak lain. Jadi saya cuba beritahu dia, jangan menolak, kita mahu bermain tanpa menolak, bukan?” kata penganjur acara itu dalam rakaman berkenaan.

Berdasarkan rakaman panggilan kecemasan 911, penganjur terbabit memaklumkan ibu Nevada bertindak melampau dengan mengekorinya serta memaki hamun beliau di hadapan orang ramai.

Ibu bapa Nevada kemudian memuat naik satu klip video menunjukkan aksi anak mereka menggelecek bola melintasi kanak-kanak yang lebih tua dengan mudah, sekali gus tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh keluarganya itu, tiada sebarang tindakan menolak pemain lain yang dilakukan oleh Nevada seperti yang didakwa oleh pihak penganjur.

“Mereka marah dengan anak saya hanya kerana dia pandai bermain bola sepak. Mereka mengeluarkannya dari tempat ini sebab dia terlalu hebat.

“Pada mulanya mereka mendakwa dia tidak mahu melayangkan hantaran sedangkan tiada sesiapa yang mampu menyambut bola apabila dia membuat hantaran,” kata ibunya menerusi rakaman kamera badan polis.

Pekerja i9 Sports memberitahu pihak polis mereka sedia memulangkan semula yuran pendaftaran sekiranya keluarga berkenaan bersetuju untuk meninggalkan lokasi perlawanan.

Jabatan Polis Winter Park mengesahkan keluarga terbabit kemudian beredar dan tiada sebarang tangkapan atau tindakan mengusir secara paksa dilakukan di taman berkenaan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini