AS kerah 9,000 tentera ke Asia Barat, Trump pertimbang serangan baharu ke atas Iran

AS kerah 9,000 tentera ke Asia Barat, Trump pertimbang serangan baharu ke atas Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) menghantar kira-kira 9,000 anggota tentera menaiki beberapa kapal perang ke Asia Barat, menurut seorang pegawai AS.

Kumpulan kapal yang sedang menuju ke Asia Barat itu membawa lebih 7,000 kelasi dan 2,000 anggota Kor Marin AS.

Ia termasuk kumpulan kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt yang baru dikerahkan bersama kapal penjelajah USS Chosin, serta kumpulan kapal serangan amfibia USS Makin Island yang merangkumi kapal pendarat amfibia USS John P. Murtha dan USS Anchorage.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peningkatan kehadiran tentera AS itu berlaku ketika Presiden, Donald Trump sekali lagi memberi amaran serangan baharu terhadap Iran mungkin berlaku.

Pergerakan itu boleh menyebabkan tiga kapal pengangkut pesawat AS berada di rantau berkenaan seawal penghujung Oktober, menurut pegawai AS yang bercakap kepada AP dengan syarat namanya dirahsiakan kerana membincangkan operasi ketenteraan sensitif.

Dengan mengambil kira anggota tentera yang sudah berada di Asia Barat, langkah itu akan meningkatkan jumlah kehadiran tentera laut AS kepada lebih 20,000 kelasi dan anggota Marin, selain ratusan pesawat.

Tentera Laut AS sebelum ini menempatkan tiga kumpulan kapal pengangkut pesawat di Asia Barat pada April lalu, buat kali pertama sejak 2003.

Kapal pengangkut pesawat USS George H.W. Bush dan USS George Washington kini berada di rantau itu, bersama kumpulan kapal serangan amfibia USS Boxer.

USS George Washington biasanya dikerahkan ke Pasifik, namun dipindahkan ke Asia Barat bagi menggantikan USS Abraham Lincoln, yang menjalani penugasan panjang sehingga anak kapalnya berada di laut selama lebih 260 hari berturut-turut.

Dalam wawancara dengan majalah Time yang diterbitkan pada Khamis, Trump turut membayangkan kemungkinan serangan baharu dengan berkata, ada kemungkinan beliau akan meningkatkan serangan udara terhadap Iran selepas pilihan raya AS pada 3 November.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN