Letusan gunung berapi paksa lapangan terbang Indonesia gantung operasi

Letusan gunung berapi paksa lapangan terbang Indonesia gantung operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menggantung operasi di lapangan terbang antarabangsa utamanya di luar Jakarta pada Ahad susulan abu yang dilepaskan Gunung Anak Krakatau, yang terletak lebih 150 kilometer dari lapangan terbang berkenaan.

“Gunung Anak Krakatau meletus pada Sabtu, memuntahkan lava dan bunyi dentuman yang dapat didengari sehingga 700 kilometer jauhnya,” menurut agensi geologi dalam satu kenyataan.

Dua lagi letusan direkodkan pada Ahad, menurut amaran agensi vulkanologi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abu daripada gunung berapi itu dikesan di ruang udara sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, menyebabkan pihak berkuasa menggantung operasi mulai 1.30 pagi Ahad (waktu tempatan).

“Ujian terkini menunjukkan keputusan positif yang menandakan penyebaran abu gunung berapi di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Susulan itu, penutupan lapangan terbang dilanjutkan sehingga 9.30 pagi Ahad (waktu tempatan).

“Lebih 22,000 penumpang terjejas akibat penggantungan operasi itu, manakala 209 penerbangan terkesan, khususnya penerbangan dari dan ke Singapura,” kata Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan pada Ahad.

Laluan antarabangsa lain yang terjejas termasuk Doha, Sydney dan Kuala Lumpur.

Gunung Berapi Anak Krakatau terletak di selat yang memisahkan pulau Jawa dan Sumatera.

Gunung berapi itu aktif secara berkala sejak muncul dari laut pada awal abad lalu, di dalam kawah besar yang terbentuk susulan letusan Gunung Krakatau pada 1883.

Bencana itu antara yang paling dahsyat dan meragut banyak nyawa dalam sejarah, dengan anggaran 35,000 orang terbunuh.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini