Wanita tersalah lahirkan anak orang lain, klinik IVF mohon maaf

Wanita tersalah lahirkan anak orang lain, klinik IVF mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISBANE: Sebuah pusat rawatan kesuburan terkenal di Australia, Monash IVF, memohon maaf secara terbuka selepas seorang wanita di klinik mereka di sini didapati melahirkan anak milik pasangan lain akibat kecuaian ketika proses pemindahan embrio.

Kejadian mengejutkan itu terbongkar pada Februari lalu apabila pasangan yang melahirkan bayi berkenaan memohon supaya baki embrio mereka dipindahkan ke pusat rawatan kesuburan lain.

Namun, siasatan mendapati terdapat satu embrio tambahan yang bukan milik pasangan tersebut masih disimpan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan syarikat tersebut, Monash IVF mengesahkan satu embrio daripada pesakit lain secara tidak sengaja telah dinyahbekukan dan dipindahkan ke rahim wanita terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Monash IVF, Michael Knaap, menyatakan kekesalannya terhadap insiden berkenaan dan menegaskan syarikat akan terus memberikan sokongan kepada pasangan terbabit.

“Seluruh warga Mo­nash IVF amat sedih dengan apa yang berlaku dan kami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan,” katanya.

Tambah beliau, audit tambahan sudah dijalankan dan pihaknya yakin insiden itu adalah terpencil.

Pada Ogos lalu, Monash IVF bersetuju membayar AS$56 juta (RM265 juta) kepada lebih 700 bekas pesakitnya susulan dakwaan pusat itu secara tidak sengaja memusnahkan embrio ketika menjalankan ujian genetik.

Tindakan undang-undang itu mendakwa 35 peratus embrio yang dianggap tidak normal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya