Wanita 'hidup semula' dalam perjalanan ke kubur

Wanita ‘hidup semula’ dalam perjalanan ke kubur, hospital jalankan siasatan dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALMA: Seorang wanita warga emas yang diisytiharkan meninggal dunia di sebuah hospital mengejutkan banyak pihak apabila ‘hidup semula’ dalam perjalanan ke kubur di Palma, Majorca, Sepanyol.

Wanita terbabit sebelum itu disahkan meninggal dunia selepas mengalami masalah kesihatan dan dipindahkan rumah mayat bagi urusan pengebumian.

Namun, suasana bertukar cemas apabila kakitangan rumah mayat Son Valenti mendapati wanita itu masih mempunyai denyutan nadi dan turut menggerakkan jari-jemarinya.

Pasukan paramedik yang dipanggil ke lokasi segera mengesahkan wanita tersebut masih hidup sebelum dikejarkan semula ke Hospital Juan March de Bunyola dan setakat ini, keadaan terkini mangsa masih belum diketahui, manakala siasatan dalaman telah dilancarkan bagi mengenal pasti punca sebenar kesilapan pengisytiharan kematian tersebut.

Mangsa yang tidak dinamakan itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Umum San Juan de Dios dalam keadaan sangat lemah dengan gejala kekurangan zat teruk serta tiada tanda-tanda pernafasan atau aktiviti otak dan susulan itu, beliau disahkan meninggal dunia dan mayatnya dipindahkan ke bilik mayat.

Bagaimanapun, kakitangan bilik mayat terkejut apabila mendapati wanita itu mula bergerak di dalam beg mayat, lalu segera memanggil doktor untuk tindakan lanjut.

Beliau kemudiannya dimasukkan semula ke unit kecemasan tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda vital sebelum sekali lagi disahkan meninggal dunia buat kali kedua.

Pihak hospital kemudiannya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengakui mereka sedang melalui detik yang amat sukar walau bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada sebarang siasatan lanjut dijalankan berhubung kejadian itu.

Menurut jurucakap hospital, wanita berkenaan dimasukkan ke hospital dalam keadaan “sangat lemah” dengan sejarah penyakit sawan dan cerebral palsy.

“Selepas 30 minit rawatan kecemasan, beliau disahkan meninggal dunia dan dipindahkan ke bilik mayat mengikut prosedur standard.” demikian menurut jurucakap hospital tersebut. –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN