Trump sekali lagi buat pusingan U, telefon pintar dikecualikan tarif

Trump sekali lagi buat pusingan U, telefon pintar dikecualikan tarif

TELEFON pintar antara barangan elektronik yang dikecualikan daripada pelaksanaan tarif oleh Donald Trump. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi ‘membuat pusingan u’ berkenaan tarif perdagangan apabila mengecualikan barangan elektronik, termasuk telefon pintar dan komputer riba daripada tarif.

Menerusi notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, telefon pintar, komputer riba, cip memori dan barangan berkaitan akan dikecualikan daripada sebarang cukai.

Pendekatan itu diambil selepas China mengenakan tarif balas sebanyak 125 peratus terhadap barang import AS.

Pengecualian tersebut akan memberi faedah kepada sejumlah syarikat teknologi AS seperti Nvidia dan Dell, Apple dan beberapa produk premium di China.

Langkah itu juga akan ‘mengecilkan kesan’ selepas Trump mengenakan tarif sebanyak 145 peratus terhadap semua barangan import dari China ke AS.

Data Kastam AS menyatakan,barangan yang dikecualikan daripada tarif mungkin menyumbang lebih 20 peratus daripada produk import China.

Perang tarif antara Washington dan Beijing semakin memuncak sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur, sekali gus menyaksikan pasaran global mengalami kemerosotan.

Dalam pada itu, penganalisis kanan di Wedbush Securities, Daniel Ives berkata, pengecualian tersebut disifatkan sebagai ‘berita paling baik’ setakat ini.

“Pengecualian itu dapat memperlahankan ancaman terhadap teknologi AS dan meningkatkan pembangunan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Para penganalisis ekonomi pula berpendapat, langkah itu masih mengambil masa untuk meningkatkan semua sektor kembali pada landasan yang sewajarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya