Trump ditawar ‘pulau emas’ bernilai AS$60 bilion

Trump ditawar ‘pulau emas’ bernilai AS$60 bilion

BOUGAINVILLE dianggarkan masih menyimpan 5.84 juta tan tembaga dan hampir 20 juta auns emas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Minat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap emas bukan lagi rahsia, daripada hiasan emas di Trump Tower sehinggalah ke dewan berkilauan di Mar-a-Lago, beliau dikenali sebagai peminat segala yang berkilau.

Kini, timbul spekulasi beliau mungkin berpeluang menguasai sebuah pulau tropika yang bukan sahaja memiliki lombong emas sendiri, malah berpotensi tinggi dalam percaturan geopolitik global.

Pulau Bougainville, yang kini merupakan sebahagian daripada Papua New Guinea (PNG), telah mengundi secara besar-besaran untuk merdeka pada tahun 2019 namun, namun pungutan suara tersebut tidak mengikat secara undang-undang.

Terkini, pemimpin wilayah itu menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan kerjasama dengan AS termasuk kemungkinan menjadi sebahagian daripada negara kuasa besar tersebut.

“Jika AS datang dan menyatakan sokongan terhadap kemerdekaan Bougainville, maka saya boleh katakan, ‘Nah, lombong Panguna ini di sini. Terpulang kepada kamu,” ujar Presiden Bougainville, Ishmael Toroama.

Bougainville dianggarkan masih menyimpan 5.84 juta tan tembaga dan hampir 20 juta auns emas dengan nilai pasaran semasa mencecah sekitar AS$60 bilion (RM285 bilion).

Dengan kekayaan galian serta lokasinya yang strategik di utara Australia, Bougainville dilihat sebagai rebutan dalam pertarungan pengaruh antara AS dan China di rantau Indo-Pasifik.

Ini bukan kali pertama Trump menunjukkan minat terhadap wilayah luar kerana pada tahun 2019, beliau mengejutkan pemimpin dunia apabila menyatakan hasrat membeli Greenland sebuah wilayah Artik yang diperintah Denmark.

Ketika itu, Trump menegaskan langkah tersebut merupakan ‘perjanjian hartanah besar’ dengan nilai strategik dan sumber asli yang tinggi namun, cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Denmark yang menggelar ia ‘tidak masuk akal’.

Walau bagaimana pun, Trump tidak pernah menarik balik cadangan tersebut, malah menyifatkannya sebagai langkah bijak yang gagal difahami pemimpin lain kerana ia sejajar dengan gaya beliau yang melihat urusan geopolitik seperti sebuah perjanjian niaga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya