Trump batal visa 600 pelajar di 90 universiti AS

Trump batal visa 600 pelajar di 90 universiti AS

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Lebih 600 pelajar antarabangsa, pensyarah dan penyelidik dari sekurang-kurangnya 90 universiti di seluruh Amerika Syarikat (AS) kehilangan visa mereka selepas tindakan pembatalan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Perkara itu didedahkan menerusi semakan CNN terhadap dokumen mahkamah, kenyataan peguam serta pengumuman institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Setakat ini, belum jelas sama ada semua individu yang terlibat perlu segera meninggalkan AS atau dibenarkan untuk terus mengikuti pengajian mereka.

Jabatan Negara AS tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai proses pembatalan visa tersebut, namun menyifatkan situasi itu sebagai ‘dinamik’ dan ‘masih berjalan’.

Seorang jurucakap Jabatan Negara merujuk kepada kenyataan Setiausaha Negara, Marco Rubio yang berkata, Akta Imigresen dan Kewarganegaraan AS menetapkan individu yang menyokong aktiviti organisasi seperti Hamas tidak layak menerima visa ke negara itu.

Jabatan Negara secara manual membatalkan rekod dalam Sistem Pelajar dan Pertukaran Pelawat (SEVIS), tanpa memaklumkan secara langsung kepada pelajar atau pihak universiti yang terlibat.

Dalam kebanyakan kes, universiti hanya menyedari pembatalan visa selepas membuat semakan dalam sistem.

Mengenai pelajar terlibat, ada dalam kalangan mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Namun, terdapat juga yang berdepan kemungkinan dihantar pulang akibat sabitan kesalahan kecil, termasuk kesalahan ringan yang berlaku beberapa tahun lalu yang lazimnya tidak membawa kepada tindakan pengusiran, menurut peguam imigresen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya