Trend 'coklat Dubai' di TikTok punca bekalan kacang pistachio global berkurangan - Utusan Malaysia

Trend ‘coklat Dubai’ di TikTok punca bekalan kacang pistachio global berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Promosi produk di TikTok kini cukup berpengaruh untuk mengganggu gugat ekonomi pertanian Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang merupakan pengeluar pistachio terbesar dunia selepas konfeksioneri mewah, ‘coklat Dubai’ menjadi kegilaan seluruh dunia.

Sebatang coklat premium berisi krim pistachio hijau itu menjadi fenomena global selepas viral di platform media sosial itu. Video pertama yang mempromosikan ‘coklat Dubai’ mewah ini ditayangkan akhir 2023 dan meraih lebih 120 juta tontonan, belum termasuk beratus-ratus video yang menyusul.

Kesan langsung terhadap trend itu menyebabkan berlaku kekurangan kacang pistachio srcara global dengan kebanyakannya ditanam di AS atau Iran.

Menurut peniaga kacang CG Hacking, Giles Hacking kepada Financial Times, harga pistachio tmelonjak daripada AS$7.65 (RM33.77) kepada AS$10.30 (RM45.46) sekilogram dalam setahun.

Pistachio sememangnya semakin sukar diperoleh ekoran hasil tuaian lemah di AS tahun lalu. Walaupun hasil tuaian lebih kecil berbanding biasa, kualitinya lebih tinggi dan kebanyakannya dijual sebagai kacang penuh, masih dalam kulit dan mengurangkan bekalan biji coklat untuk menghasilkan bar coklat.

Sementara itu, pengeluar Iran mengeksport 40 peratus lebih pistachio ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam tempoh enam bulan hingga Mac berbanding 12 bulan sebelumnya.

Kegilaan coklat Dubai berpunca daripada ciptaan bar coklat susu bercampur pastri kataifi dan krim pistachio oleh jenama pembuat coklat mewah UAE, Fix.

Jenama coklat premium seperti Läderach dan Lindt turut mencipta varian pistachio sendiri, tetapi kini mengalami kesukaran memenuhi permintaan global.

“Permintaan meningkat secara tiba-tiba. Sekarang ia ada di setiap kedai,” kata Pengarah Urusan Prestat Group, Charles Jandreau yang memiliki jenama coklat mewah Britain.

Beberapa kedai dilaporkan menghadkan jumlah jualan dalam satu masa. Fenomena ini membuktikan sama ada pengaruh besar TikTok, atau daya tarikan coklat sendiri atau mungkin kedua-duanya sekali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya