Tolak kawalan Russia di Crimea, Trump kritik Zelensky - Utusan Malaysia

Tolak kawalan Russia di Crimea, Trump kritik Zelensky

PERTELAGAHAN Donald Trump dengan Volodymyr Zelensky semakin memuncak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuduh Volodymyr Zelensky merosakkan rundingan damai selepas presiden Ukraine itu menegaskan bahawa Kyiv tidak akan mengiktiraf kawalan Russia ke atas Crimea.

Dalam hantaran di Truth Social, Trump mendakwa perjanjian mengakhiri perang hampir tercapai, tetapi keengganan Zelensky untuk menerima syarat AS hanya akan memanjangkan konflik.

Ukraine sejak lama menegaskan tidak akan melepaskan Crimea yang dirampas secara haram oleh Russia pada 2014.

Sebelum ini, Naib Presiden AS, JD Vance berkata perjanjian itu bermakna Ukraine dan Russia perlu melepaskan sebahagian wilayah dikuasai mereka.

Pentadbiran Trump belum mendedahkan butiran khusus tentang konsesi geografi yang perlu dibuat.

Ketika ditanya pemberita di Rumah Putih sama ada pentadbiran AS bercadang mengiktiraf kedaulatan Russia ke atas Crimea, Trump berkata beliau hanya mahu perang tamat.

“Saya tidak memihak. Saya tidak mahu memihak. Saya mahu rundingan selesai,” katanya.

Mengiktiraf pendudukan haram Russia ke atas Crimea bukan sahaja mustahil diterima Zelensky dari segi politik, malah bercanggah dengan norma undang-undang antarabangsa pasca perang yang melarang perubahan sempadan melalui kekerasan.

Zelensky secara konsisten menolak cadangan agar negaranya melepaskan tuntutan ke atas Semenanjung Crimea.

“Tiada apa yang perlu dibincangkan. Ini bertentangan dengan perlembagaan kami,” tegasnya.

Trump di Pejabat Oval menyatakan beliau lebih mudah berurusan dengan Russia berbanding Ukraine, pada Rabu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya