Titanic ‘hidup semula’ dalam model digital terpantas dunia - Utusan Malaysia

Titanic ‘hidup semula’ dalam model digital terpantas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hampir 113 tahun selepas tenggelam di dasar Lautan Atlantik, kapal persiaran mewah RMS Titanic akhirnya ‘membongkar’ rahsia terakhirnya menerusi satu model digital tiga dimensi yang luar biasa.

Pemetaan dasar laut oleh syarikat Magellan Ltd yang dihantar ke lokasi bangkai kapal sedalam 13,000 kaki di dasar laut telah membolehkan saintis membina semula detik-detik terakhir Titanic dengan ketepatan yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Projek tersebut menjadi fokus utama dokumentari terbaharu saluran National Geographic, yang memperlihatkan Titanic dalam bentuk ‘kembar digital’ berskala penuh, satu pencapaian yang disifatkan sebagai membuka lembaran baharu dalam kajian sejarah maritim.

Menurut model terbaharu itu, Titanic mungkin tidak karam sekiranya pelanggaran dengan gunung ais pada malam 14 April 1912 berlaku sedikit berbeza di mana pakar berpendapat, pelanggaran secara berdepan sebenarnya boleh menyelamatkan kapal itu berbanding impak sisi yang dialaminya.

“Selama ini Titanic menyembunyikan rahsianya. Tetapi kini, seperti menyuluh ke dalam kegelapan, kita akhirnya dapat melihat dengan jelas,” ujar Profesor Yasmin Khan dari Universiti Oxford.

Titanic yang dimiliki syarikat White Star Line karam pada awal pagi 15 April 1912 selepas bergesel dengan gunung ais, mengorbankan kira-kira 1,517 daripada 2,224 penumpang dan anak kapal.

Profesor Jeom-Kee Paik dari University College London berkata, menerusi pengiraan canggih dan pemodelan komputer, impak selama 6.3 saat telah menyebabkan koyakan seluas 18 kaki persegi di bahagian kanan kapal, merentasi enam petak kalis air termasuk ‘forepeak’ dan bilik dandang No. 5, dua petak yang kritikal serta menyebabkan kapal tidak lagi mampu terapung.

Beliau menjelaskan, Titanic dibina untuk menahan banjir sehingga empat petak, namun tidak enam dan sekiranya amaran mengenai gunung ais disampaikan beberapa saat lebih awal, panjang koyakan itu mungkin dapat dikurangkan dan hanya beberapa petak sahaja yang dimasuki air.

Lebih menggemparkan, hasil analisis mendapati perlanggaran secara lurus (berdepan) berkemungkinan menyelamatkan kapal meskipun akan mengorbankan ratusan nyawa di bahagian hadapan, ia dijangka tidak akan menenggelamkannya dan memberi masa untuk bantuan tiba.

Rakaman digital yang dihasilkan pada tahun 2022 oleh pengarah filem Anthony Geffen bersama pasukan Magellan Ltd itu melibatkan 16 terabait data, 715,000 imej pegun dan rakaman 4K dalam tempoh tiga minggu.

Ini membolehkan pakar sejarah, kejuruteraan dan forensik membina semula detik akhir Titanic dengan ketelitian luar biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya