Tiga maut nahas helikopter ambulans di Perairan Tsushima

Tiga maut nahas helikopter ambulans di Perairan Tsushima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAGASAKI: Sebuah helikopter ambulans membawa seorang pesakit terhempas di perairan timur Tsushima wilayah Nagasaki, mengorbankan tiga daripada enam individu di dalamnya, menurut kenyataan Pengawal Pantai Jepun dan pihak berkuasa.

Mangsa yang disahkan maut dalam kejadian itu ialah seorang pesakit wanita berusia 86 tahun, seorang doktor lelaki dalam lingkungan usia 30-an dan seorang penjaga pesakit lelaki berusia sekitar 60-an.

Tiga lagi yang terselamat iaitu juruterbang lelaki, juruteknik helikopter lelaki dan seorang jururawat wanita mengalami simptom hipotermia namun berada dalam keadaan sedar.

Helikopter berkenaan, yang dikendalikan oleh syarikat SGC Saga Aviation, berlepas dari Lapangan Terbang Tsushima pada pukul 1.30 tengah hari (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba di sebuah hospital di bandar Fukuoka 45 minit kemudian.

Namun, komunikasi dengan helikopter itu terputus sebelum ia sempat sampai ke destinasi.

Beberapa jam kemudian, keenam-enam penumpang bersama bangkai helikopter ditemui oleh sebuah kapal peronda dalam keadaan helikopter terbalik dan terapung di permukaan laut.

Pengarah hospital, Ryuji Tominaga, ketika mengulas mengenai tragedi itu berkata, insiden tersebut adalah sesuatu yang amat memilukan.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya