Tiada siapa akan menang perang perdagangan – Xi Jinping

Tiada siapa akan menang perang perdagangan – Xi Jinping

XI JINPING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping memberi amaran polisi kerajaan yang menyekat perdagangan antarabangsa bagi membantu industri domestik tidak akan membawa kemajuan, selain ‘tiada pemenang’ dalam mana-mana perang perdagangan.

Jinping membuat kenyataan itu ketika beliau dalam rangka lawatan ke Asia Tenggara dengan Vietnam menjadi negara pertama kunjungannya, diikuti Malaysia dan Kemboja.

Rangka lawatan itu menyaksikan Beijing mahu mengukuhkan perdagangan serantau dan mencari penyelesaian terbaik dalam menghadapi kesan akibat tarif yang dilaksanakan pentadbiran akan sejawatnya, Donald Trump.

Beijing juga menyifatkan ketiga-tiga negara Asia Tenggara itu sebagai ‘keutamaan penting’ bagi serantau.

Menerusi artikel yang disiarkan dalam akhbar Utama Vietnam, Nhan Dan, Jinping menggesa ketiga-tiga negara itu untuk melindungi sistem perdagangan pelbagai hala, rantaian industri dan bekalan global yang stabil serta persekitaran antarabangsa yang terbuka dan saling bekerjasama.

Beliau juga mengulangi pendirian Beijing bahawa perang perdagangan dan tarif tidak akan menghasilkan mana-mana pemenang, selain bersikap monopoli juga tidak akan membawa sebarang kemajuan.

Beijing ketika ini cuba menampilkan alternatif yang stabil kepada Trump yang bersikap tidak menentu, menyaksikan beliau sering kali mengubah polisi yang dilaksanakan secara tiba-tiba.

Vietnam merupakan pembeli terbesar barangan China di Asia Tenggara berjumlah AS$161.9 bilion (RM717 bilion), diikuti Malaysia yang mengimport sebanyak AS$101.5 bilion (RM450 bilion) pada 2024.

Jinping berada di Vietnam pada Isnin dan Selasa, menyaksikan lawatan pertamanya ke negara itu sejak Disember 2023.

Vietnam sehingga kini menjadi satu daripada rakan dagang utama China dan mempunyai hubungan ekonomi yang kukuh.

Namun, Vietnam tidak dapat ‘mengelakkan’ kebimbangan mengenai pertikaian di Laut China Selatan, terutamanya tindakan agresif Beijing di kawasan tuntutan pelbagai negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya