Tesla catat penurunan jualan terbesar dalam sejarah

Tesla catat penurunan jualan terbesar dalam sejarah

PENUNJUK perasaan berhimpun di luar bilik pameran Tesla di San Fransisco, California, susulan menentang Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk, pada 29 Mac lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Jualan Tesla merosot 13 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini, penurunan terbesar dalam sejarah syarikat, ekoran reaksi negatif terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Elon Musk serta persaingan sengit dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).

Tesla melaporkan menghantar 336,681 kenderaan sepanjang suku pertama, iaitu 50,000 unit lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ini merupakan prestasi jualan terburuk syarikat dalam hampir tiga tahun.

Tesla turut berdepan protes di luar bilik pameran oleh penentang tindakan Musk dalam peranannya sebagai ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) serta dasar pentadbiran Presiden, Donald Trump.

Selain itu, berlaku juga kejadian vandalisme terhadap kemudahan Tesla, termasuk stesen pengecasan dan beberapa kenderaan, yang berkemungkinan menyebabkan sesetengah pelanggan berpotensi menarik diri daripada membuat pembelian.

Tesla tidak menyebut tentang protes terhadap syarikat dalam kenyataan jualannya, namun ia menyatakan kemas kini Model Y pada suku pertama menyebabkan penggantungan sementara pengeluaran di keempat-empat kilang selama beberapa minggu.

Kejatuhan jualan suku tahunan Tesla yang pertama sebelum ini hanya berlaku pada 2020 ketika pandemik melanda, menyebabkan gangguan terhadap pengeluaran dan penghantaran.

Namun, tahun lalu Tesla melaporkan penurunan jualan tahunan pertamanya, yang semakin merosot pada suku pertama tahun ini.

Kejatuhan itu lebih teruk daripada jangkaan penganalisis Tesla, yang sebelum ini meramalkan jualan suku tahunan sekurang-kurangnya 350,000 unit.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya