Terlalu banyak guna emoji ketika bermesej punca hubungan cinta retak?

Terlalu banyak guna emoji ketika bermesej punca hubungan cinta retak?

PENGGUNAAN emoji secara berlebihan dikatakan menjadi antara punca utama berlakunya perpisahan dalam kalangan kekasih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jika anda gemar menggunakan emoji ketika menghantar mesej kepada pasangan, mungkin sudah tiba masanya untuk memperlahankan penggunaannya terutamanya emoji ‘ketawa hingga menangis’.

Hal ini kerana, menurut satu kajian terbaharu, penggunaan emoji secara berlebihan merupakan antara punca utama berlakunya perpisahan dalam kalangan pasangan kekasih.

Tinjauan melibatkan 2,000 individu dewasa yang pernah menjalinkan hubungan cinta mendapati, terdapat pelbagai alasan unik dan luar jangka yang diberikan sebagai sebab putus cinta termasuklah tidak menyukai pasukan sukan pilihan pasangan atau perbezaan cita rasa makanan.

Antara punca lain yang tersenarai sebagai penyebab utama perpisahan ialah perbezaan minat terhadap filem dan rancangan televisyen.

Selain itu, ada juga yang memutuskan hubungan hanya kerana tidak sehaluan dari segi zodiak, alergi terhadap haiwan peliharaan pasangan, atau mahu memberi tumpuan kepada kerjaya namun alasan paling kerap digunakan kekal klise ‘masalah bukan pada awak, tapi pada saya’, dan ‘belum bersedia untuk hubungan serius’.

Kajian tersebut dianjurkan oleh platform penstriman Freely, yang turut mengulas ramai orang cenderung untuk mengekalkan sesuatu hubungan walaupun sudah tidak bahagia.

“Ramai antara kita terus bertahan dalam hubungan semata-mata kerana kebiasaan atau takut akan perubahan. Namun, kadang kala yang terbaik adalah untuk jujur kepada diri sendiri dan melangkah pergi terutamanya apabila kita sudah tidak memperoleh kebahagiaan daripadanya,” ujar jurucakap Freely.

Hasil kajian turut menunjukkan 55 peratus individu mengaku mereka pernah kekal dalam hubungan yang sudah tidak berfungsi dengan harapan pasangan akan berubah atau kerana tidak mahu melukai perasaan orang lain.

Malah, tujuh daripada 10 responden mengakui memutuskan hubungan cinta merupakan antara perkara paling mendebarkan dalam hidup namun begitu, 81 peratus bersetuju berita perpisahan harus disampaikan secara bersemuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya