Tentera Zionis enggan tinggalkan Gaza biarpun perang berakhir

Tentera Zionis enggan tinggalkan Gaza biarpun perang berakhir

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika melawat utara Semenanjung Gaza, Palestin kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pasukan tentera Israel menegaskan mereka tidak akan meninggalkan Semenanjung Gaza biarpun selepas perang dengan kumpulan pejuang Hamas berakhir.

Menteri Pertahanan Zionis, Israel Katz berkata, tenteranya akan terus kekal di kesemua zon penampan yang semakin luas di wilayah tersebut.

Situasi itu menyaksikan penduduk Gaza langsung tidak mempunyai ruang untuk meneruskan kehidupan baharu, malah terpaksa berasak-asak di suatu kawasan yang semakin padat.

“Tidak seperti sebelum ini, tentera Israel akan berundur selepas perang berakhir, kali ini kami akan terus kekal di Gaza, terutamanya di semua kawasan yang sudah ditawan.

“Tentera kami akan terus kekal berada di zon penampan antara kumpulan musuh dengan komuniti, sama ada dalam keadaan sementara atau kekal di Gaza iaitu sama seperti di Lubnan dan Syria,” katanya.

Di selatan Gaza sahaja, tentera Israel sudah menawan bandar sempadan Rafah dan mara ke pedalaman sehingga ke Koridor Morag iaitu dari timur Gaza hingga ke Laut Mediterranean, antara Rafah dan bandar Khan Younis.

Mereka turut mengawal koridor luas merentasi kawasan tengah Netzarim dan memperluas zon penampan ratusan meter ke dalam di sepanjang sempadan, termasuk kawasan Shejaia di timur Gaza City di utara.

Israel mendakwa pasukannya membunuh ratusan pejuang Hamas, termasuk ramai komander kanan kumpulan pejuang Palestin itu sejak 18 Mac.

Operasi itu menimbulkan kebimbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara Eropah.

Lebih 400,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal sejak pertempuran bersambung semula pada 18 Mac selepas gencatan senjata dua bulan, menurut agensi kemanusiaan PBB OCHA, manakala serangan udara dan pengeboman Israel meragut sekurang-kurangnya 1,630 nyawa.

Badan perubatan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) menyifatkan Gaza ketika ini sebagai ‘kubur besar’ dengan kumpulan hak asasi kemanusiaan bergelut untuk menyalurkan bantuan ke wilayah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya