Serangan Israel di Gaza: Lebih 90 terbunuh dalam tempoh 48 Jam - Utusan Malaysia

Serangan Israel di Gaza: Lebih 90 terbunuh dalam tempoh 48 Jam

SEORANG lelaki meratapi kematian anak perempuannya yang terbunuh akibat serangan udara tentera Israel di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEIRAL-BALAH: Serangan Israel di Gaza mengorbankan lebih 90 orang dalam tempoh 48 jam, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu, ketika tentera Israel meningkatkan serangan untuk memaksa Hamas membebaskan tebusan dan melucutkan senjata.

Antara mangsa termasuk 15 orang yang terbunuh semalaman terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang sebahagiannya berada di zon kemanusiaan yang ditetapkan, menurut kakitangan hospital.

Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di bandar selatan Khan Younis dengan beberapa daripadanya di dalam khemah di kawasan Mwasi yang menempatkan ratusan ribu pelarian, kata kakitangan hospital. Israel telah menetapkan kawasan itu sebagai zon kemanusiaan.

Empat lagi terbunuh dalam serangan berasingan di bandar Rafah, termasuk seorang ibu dan anak perempuannya, menurut European Hospital.

Israel berjanji meningkatkan serangan di seluruh Gaza dan menduduki ‘zon keselamatan’ yang besar di dalam wilayah itu. Selama enam minggu, Israel juga telah menghalang kemasukan makanan dan barangan lain ke Gaza.

Minggu ini, kumpulan bantuan memberi amaran bahawa beribu-ribu kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan, dan kebanyakan penduduk hanya mampu makan sekali sehari akibat bekalan yang semakin berkurangan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Pejabat Mediterranean Timur Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Hanan Balkhy pada Jumaat mendesak duta baharu Amerika Syarikat (AS) ke Israel, Mike Huckabee mendesak negara haram itu melonggarkan sekatan terhadap Gaza supaya ubat-ubatan dan bantuan lain dapat masuk ke wilayah berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya