Saintis temui petunjuk terkuat kehidupan di planet asing

Saintis temui petunjuk terkuat kehidupan di planet asing

GAMBARAN planet K2-18b yang mempunyai petunjuk paling kuat setakat ini tentang kewujudan kehidupan di luar sistem suria. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan saintis yang menggunakan Teleskop Angkasa James Webb (JWST) berjaya menemukan bukti paling kukuh setakat ini yang menunjukkan kewujudan kehidupan di luar sistem suria.

Menerusi teleskop tersebut, pasukan saintis mengesan dua jenis gas iaitu dimetil sulfida (DMS) dan dimetil disulfida (DMDS) dalam atmosfera di planet K2-18b.

Di bumi, gas-gas ini hanya dihasilkan oleh organisma hidup, terutamanya mikroorganisma laut seperti fitoplankton dan algae.

Walaupun belum dapat disahkan sebagai bukti kewujudan makhluk hidup, para penyelidik menyifatkan penemuan ini dianggap sebagai ‘biosignatures’ atau indikator penting yang menunjukkan proses biologi sedang berlaku.

“Gas itu dikesan pada kepekatan melebihi 10 bahagian per sejuta mengikut isipadu, ribuan kali lebih tinggi daripada yang ada di atmosfera bumi dan sukar dijelaskan tanpa proses biologi. Ini menunjukkan planet berkenaan mungkin dipenuhi dengan kehidupan mikrob dan petunjuk pertama dunia makhluk asing yang mungkin wujud.

“Ini adalah detik transformasi dalam pencarian kehidupan di luar sistem suria, di mana kami menunjukkan keupayaan untuk mengesan biosignatures dalam planet yang berpotensi boleh dihuni dengan kemudahan semasa.

“Kami telah memasuki era pemerhatian astrobiologi,” kata Ahli Astrofizik Institut Astronomi Universiti Cambridge, Nikku Madhusudhan yang juga pengarang utama kajian.

Jelas beliau, planet K2-18b diklasifikasikan sebagai ‘dunia hycean’ kerana mempunyai lautan luas serta atmosfera kaya dengan hidrogen yang berpotensi menyokong kehidupan mikroorganisma.

Data dan maklumat berkaitan penemuan itu diterbitkan dalam Astrophysical Journal Letters namun Madhusudhan menegaskan lebih banyak pemerhatian dan kajian diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya